Wednesday, April 18, 2012

PERLUNYA COORDINATOR KESATUAN ISLAM


Malaysia adalah sebuah Negara yang aman makmur, rezeki melimpah ruah dari langit juga bumi. Tidak ada kerisauan dan ketakutan tentang keselamatan. Tidak ada kebuluran juga kelaparan kerana tiada makanan. Yang lebih penting 64% penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Bebas beragama, bebas beramal.

Dalam kebebasan beragama dan beramal, tidak kurang juga bebasnya masyarakat Islam berideologi dan berfahaman, selagi tidak bertentangan dengan Syariat Islam. Namun begitu wujud beberapa perbezaan fahaman juga pendekatan dalam menggapai misi Islami. Sedikit sebanyak perbezaan-perbezaan ini mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi yang kurang fahaman agamanya. Ini membuatkan masyarakat Islam hidup dengan pelbagai cara, amalan dan juga misi. Tidak kurang juga yang langsung tidak tahu misi hidup kerana keliru dengan semua ini.

Islam agama yang syumul, lengkap meliputi segala aspek kehidupan. Islam telah menggariskan pelbagai garis panduan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun tidak semua masyarakat memahami akan garis panduan ini. Tiada kesedaran untuk mendalami ilmu Islam membuatkan ia begitu. Di tambah pula dengan kejahilan orang tua yang tidak memberikan pendidikan agama seawal mungkin. Akibatnya ramai yang hidup tanpa garis panduan sebenar.

Setelah Malaysia menerjah masuk ke zaman globalisasi, teknologi maklumat mula berkembang, segalanya dihujung jari. Berbagai-bagai fahaman turut berkembang sama. Misi yang hendak dicapai dan gerak kerja untuk mencapainya juga berkembang hingga tidak diketahui manakah misi yang perlu di capai dan bentuk gerak kerja yang bagaimanakah lebih sesuai untuk masyarakat mengaplikasikannya.

Hizbut Tahrir bermisikan Daulah Khilafah dengan gerak kerja memberi kefahaman kepada masyarakat untuk meninggalkan Sistem Politik yang direkacipta Barat. Parti Islam SeMalasysia bermisikan menegakkan Syariat Islam dan Negara Islam dengan gerak kerja menguasai struktur politik Demokrasi Malaysia. Jamaah Islah Malaysia (JIM), Jamaah Ikram Malaysia (IKRAM) bermisikan tertegaknya syariat Islam dengan gerak kerja memperkukuhkan tarbiah jemaah dan masyarakat.

Tidak kurang juga jemaah yang bermisikan mencintai Rasulullah saw dengan mendekati para ahlul bait dan mengamalkan ribuan zikir setiap hari. Ada juga jemaah dengan misinya untuk mengamalkan Islam sejajar fahaman Salafus Soleh. Ada juga yang misinya mengamalkan Islam dengan meninggalkan segala amalan-amalan Bida’ah. Banyak lagi fahaman, misi dan gerak kerja yang pelbagai lagi wujud di sekeliling kita. Persoalannya, fahaman, ideologi, misi dan gerak kerja manakah yang benar-benar menepati kehendak syariat Islam. Adalah mustahil untuk menyatakan semuanya adalah benar kerana wujud dari fahaman-fahaman ini saling menyalahkan antara satu sama lain.

Persoalannya, kenapa perlu misi dan gerak kerja yang berbeza. Apakah sebenarnya misi Manusia di muka bumi?. Apakah gerak kerja sebenar untuk mencapai misi sebenar?. Kenapa kita tidak ada satu kata putus misi sebenarnya dan gerak kerja yang bagaimana perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian. Seharusnya ada satu badan yang menaungi semua pertubuhan-pertubuhan dan jamaah yang ada di Malaysia sebagai coordinator bagi hal-hal sebegini.

Mungkin misi-misi dan gerak kerja ini tidak bersalahan dengan syariat Islam. Namun, bukankah lebih baik kiranya kita ada satu kata putus, apakah sebenarnya misi sebagai seorang Islam dan bagaimana gerak kerja dalam mencapai misi tersebut. Dengan cara ini, ia memastikan seramai 18 juta masyarakat Islam Malaysia punya satu misi dan gerak kerja, tidaklah ia terpecah dengan pelbagai misi, fahaman dan ideologi.

Coordinator perlu menjadi perantara bagi menemukan semua jamaah, pertubuhan, persatuan, parti politik dan badan-badan yang ahlinya adalah orang-orang Islam. Betapa elok dan cantiknya Islam itu sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Segala isu, fahaman, ideologi dapat dimurnikan dalam kesatuan ini. Kesatuan ini juga perlu bersatu dengan satu persepsi sesiapa yang menyanggahi, keluar, tidak bersatu dengan kesatuan ini, ia dianggap mereka yang terkeluar dari jamaah dan keluar dari kesatuan Islam kerana kesatuan ini adalah induk kepada segala wadah yg ada.

Saya percaya, Islam akan bertambah kuat dengan kesatuan ini. Walaupun masing menjalani kehidupan seharian dengan gerak kerja masing-masing. Namun apa yang lebih penting adalah misi hidup dan gerak kerjanya telah d putuskan dengan misi dan gerak kerja yang satu. Segala isu yang agak khilaf, kontroversi, samar-samar dapat di murnikan dan diberi kata putus. 18juta rakyat Malaysia hanya perlu merujuk kepada keputusan kesatuan ini. Contohnya semua 18juta rakyat Malaysia perlu menetapkan fokus untuk menegakkan syariat Islam dan tertegaknya sebuah Negara Islam dengan sistem pemerintahan Islam. Ia perlu siap dengan plan strategiknya untuk jangka pendek, Jangka pertengahan dan jangka panjang. 18juta rakyat Malaysia mengikuti plan strategik ini. InsyaAllah, pasti dan pasti, dengan kesatuan begini, Islam akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang, Fikir-fikirkanlah… J


p/s : Sebaiknya JAKIM berperanan dalam isu-isu sebegini...

Sunday, January 8, 2012

GROUP PEMIKIR GERAKAN ISLAM


Group Facebook Pemikir Gerakan Islam adalah sebuah Group yang menghimpunkan masyarakat Islam bagi membincangkan hal-hal berkaitan Islam dan apa sahaja perkara yang memberi manfaat kepada Islam. Group Pemikir Gerakan Islam telah di buat pada 21 Mei 2011 pada jam 5.25pm. Group Pemikir Gerakan Islam adalah antara group Islam yang agak aktif dalam mengetengahkan isu-isu Islam samada dalam bidang Ilmu, Isu semasa, permasalahan dan pelbagai lagi. Pemikir Gerakan Islam pernah mencapai jumlah ahli seramai 665 orang sebelum ditapis semula atas beberapa isu mendesak dan sekarang mempunyai seramai 271 orang.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun Group Pemikir Gerakan Islam berada di alamaya. Saya terfikir untuk mengembangluaskan fungsinya dari sebuah group laman sosial kepada sebuah group yang boleh mengaplikasikan segala perbincangan di laman sosial kepada sebuah tindakan menyebarluaskan lagi syiar Islam. Berikutan dengan perpindahan saya ke Daerah Sandakan, dengan ini saya menubuhkan sebuah group lagi yang secara realistiknya lebih memudahkan untuk para members berjumpa, berbincang dan merancang sebarang aktiviti dalam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu sy menubuhkan sebuah Group Pemikir Gerakan Islam Daerah Sandakan bagi merealisasikan apa yang saya dan rakan-rakan pemikir Gerakan Islam mahukan.

Group Pemikir Gerakan Islam Daerah Sandakan akan meneruskan kesinambungan Group Pemikir Gerakan Islam pada sudut hasil perbincangan, inti pati perbincangan dan apa-apa manfaat yang ada di Pemikir Gerakan Islam. InsyaAllah, ahli Group Pemikir Gerakan Islam Daerah Sandakan akan membuat pertemuan awal dalam sedikit masa lagi dalam proses mengeratkan hubungan silaturrahim sebelum langkah kerja yang lebih besar dimulakan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini, akan membuka ruang minat dan kemahuan rakan-rakan di Daerah Sandakan untuk bersama-sama menyebarluaskan lagi syiar Islam di Daerah Sandakan…insyaAllah.

Friday, January 6, 2012

SEKITAR REHLAH KCR DI PULAU TG ARU, SANDAKAN










KEMBARA CINTA RASUL

Sandakan khusus mensasarkan kepada remaja Islam masakini. Setelah meneliti dan memerhati keadaan remaja hari ini yang semakin jauh daripada menghayati kehidupan beragama, akhirnya kita dapat mengenal pasti antara puncanya adalah kurangnya pendedahan kepada penghayatan agama, disamping pendekatan kepada penghayatan beragama yang kurang bermotivasi. Oleh itu, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan mengenalkan sebuah program yang cuba mengangkat rasa kecintaan kepada Rasulullah sebagai suatu motivasi untuk membuka minda dan hati anak remaja masakini. Diharapkan dengan mengutarakan tema kecintaan kepada Rasul ini, akan menjadi motivasi terunggul untuk melakukan taat kepada Allah dan mengamalkan Sunnah Rasul-Nya. Umum kita semua maklum, kekuatan 'cinta' pasti akan menggerakkan seluruh inci tubuh kita untuk mencapai tujuan cinta kita. Maka, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan bekerjasama dengan Masjid Daerah Sandakan menggalas tanggungjawab ini dengan menyusun pelbagai program antaranya, Program Utama : Modul Separa Kem: Kembara Cinta Rasul (Asas), Modul Kem : Kembara Cinta Rasul Tahap 2 (akan datang), Program Alumni dan program-program susulan lainnya. Mudah-mudahan kekuatan Cinta Rasul akan mampu menggembleng remaja Islam kita ke arah yang terbaik bersandarkan akar ukhwah yang dibina dalam Alumni Kembara Cinta Rasul ini. 'Menggilap Fitrah Insan Menuju Cinta Hakiki' sebagai tema pilihan, adalah harapan semua pihak program KCR ini akan menjadikan kita semua berada di atas jalan Cinta Hakiki yakni Cinta Allah dan Cinta Rasul.


Program Kembara Cinta Rasul adalah sebuah program yanng telah diilhamkan oleh pihak Belia USIA Bahagian
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (KCR)

Kemunculan awal KCR bermula dengan penganjuran Seminar Cinta Rasul yang telah dilaksanakan pada 02 April 2010 yang telah dirasmikan oleh : Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Ampong Hj Puyon, Ahli Majlis Tertinggi USIA (Sabah), pada peringkat awal program ini masih lagi dikenali sebagai Program Cinta Rasul.

Setelah mendapat sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan, pihak Belia USIA melangkah setapak lagi dengan mengilhamkan Program Kembara Cinta Rasul. Program tersebut telah dilancarkan pada 17 Julai 2010/15 Syaaban 1431H bertempat di Pondok Psantren Nurul Ihsan Bt 7 Sandakan dengan Tema : 'Muhammad Ikon Ummah Sepanjang Zaman', telah disempurnakan oleh : Tuan Hj Abdul Hakim Hj Gulam Hassan, Ketua Belia USIA (Sabah). Pada ketika ini, program ini dikenali sebagai Program Kembara Cinta Rasul (KCR). Rentetan daripada Pelancaran KCR itu, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan sekali lagi mengorak langkah kehadapan. Kali ini, pihak Belia USIA tidak bersendirian apabila pihak Masjid Daerah Sandakan melalui Biro Dakwah Dan Pendidikan yang diterajui oleh Ustaz Rafaeh Md Enarji Al-Hafiz (Imam Daerah Sandakan) turut sama-sama menyahut cabaran untuk memperjuangkan kecintaan kepada Rasulullah. Hasil pertemuan dan perbincangan kedua-dua belah pihak maka terciptalah sebuah modul yang dipanggil sebagai Modul Program Kembara Cinta Rasul (Asas).
Modul KCR Asas ini telah digunapakai buat pertama kalinya dengan menganjurkan separa kem : Kembara Cinta Rasul (Asas) Siri 01 pada 03, 04 & 05 Jun 2011 bersamaan 02, 03 & 04 Rejab 1432H yang berlangsung dengan jayanya. Kejayaan penganjuran program tersebut telah memberikan suntikan semangat kepada pihak Belia USIA Bahagian Sandakan dan juga Masjid Daerah Sandakan untuk terus menganjurkan siri-siri yang berikutnya.

Selain daripada itu, Program Kembara Cinta Rasul tidak berhenti setakat menganjurkan siri-siri separa kem. Bahkan, sebagai kesinambungan atas kesedaran dan pencerahan yang diterima pada masa separa kem para peserta masih terus terikat dengan 'Keluarga Besar' KCR apabila pada majlis penutupan Program KCR Asas 01, pihak urusetia KCR telah mengisytiharkan semua peserta adalah sebagai Alumni KCR. Maka, bermulalah era baru dalam perkembangan KCR, kembara cinta ini diteruskan lagi, melalui Program Alumni KCR, pihak urusetia berusaha gigih terus menerus melaksanakan pelbagai program bagi melestarikan kesedaran dan pencerahan diri para alumni terhadap kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan semangat penuh ukhwah dan kekeluargaan. Pada ketika ini, pihak urusetia sedang berusaha dan merancang untuk melengkapkan Modul Lanjutan iaitu Kem Kembara Cinta Rasul (Tahap 2) bagi memantapkan lagi penghayatan dan pencerahan kepada Alumni yang telah 'dilahirkan' hasil daripada siri-siri Modul Asas KCR.

PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (ASAS)

1. Kem KCR Asas Siri 01
Tarikh : 03, 04 & 05 Jun 2011 bersamaan 02, 03 & 04 Rejab 1432H
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan
Tajaan : Belia USIA Pusat, Masjid Daerah Sandakan & masyarakat

2. Kem KCR Asas Siri 02
Tarikh : 15, 16 & 17 Julai 2011 bersamaan 13, 14 & 15 Syaaban 1432H
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan
Tajaan : Masjid Daerah Sandakan & Masyarakat

3. Kem KCR Asas Siri 03
Tarikh : 15, 16, 17 & 18 September 2011 bersamaan 17, 18, 19 & 20 syawal 1432H
Anjuran Bersama : Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sandakan, Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan
Tajaan Sepenuhnya Oleh : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sandakan.

4. Kem KCR Asas Siri 04
Tarikh : 24, 25, 26 & 27 November 2011
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan

PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (TAHAP 2) - (dalam perancangan)

AKTIVITI-AKTIVITI ALUMNI KEMBARA CINTA RASUL (AKTIVITI SUSULAN)

Majlis BBQ bersama Alumni KCR
Tema : Titian Uhkwah
Tarikh : 25 & 26 Jun 2011 bersamaan 23 & 24 Rejab 1432H

Program Marhaban Ya Ramadhan
Tema : Kumengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
Tarikh : 30 & 31 Julai 2011 Bersamaan 28& 29 Syaaban 1432H

-Adalah sebuah program yang mengajak para Alumni untuk sama-sama bersedia dan bergembira menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, sehingga akhirnya kita sama-sama mengecapi makna Ramadhan itu, sungguh ramadhan kali ini terasa amat bermakna buat Keluarga KCR.


Program Ukhwah Ramadhan
Tema : Kami Mendambakan Maghfirah-Mu
Tarikh:13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432H

Program Khatam Al-Quran (Ramadhan)
Tema : Al-Quran Penyuluh Hidup
Tarikh : 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 2011H

Open House Aidilfitri KCR
Tarikh : 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H
- program mengukuhkan ikatan ukhwah sesama alumni

Kelas Bimbingan Fardhu Ain (Mingguan)
Pada setiap hari sabtu & pada hari-hari cuti sekolah/umum
-pelajaran tauhid, fikah, sirah & akhlak

Program Gempur Iqra & Celik Al-Quran (mingguan dan sepanjang masa yang terluang)
Tema : Jom Gempur Belenggu Itu

SEKALUNG BUDI TERPAHAT DI HATI

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong KCR selama ini:

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah/ United Sabah Islamic Asociation (USIA) Pusat, Masjid Daerah Sandakan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sandakan, Syt. Andikah Jaya Sdn Bhd, Syarikat TNS Sdn Bhd, Syarikat Hai Joo Backery, Akademi Pemandu Ramah, Klinik Wawasan sdk, klinik Shahriani Sdk, Syt. Pengangkutan Bas Sida, Encik Aman Latip dan kepada semua pihak yang tidak tercatat namanya di sini.
Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan kebaikan yang lebih baik.

Maklumat lanjut :

Imam Sariwadi Ahmat
Ketua Urusetia
Program Kembara Cinta Rasul
Aras Bawah, Pejabat Pentadbiran Imam
Masjid Daerah Sandakan, Jalan Buli Sim-sim
Peti Surat 1576, 90717 Sandakan, Sabah.

FB: Wadi Mds @ Ketua Urusetia

Tel. Pej : 089-224567 Fax : 089-227567

Tel.Bimbit : 0128161697 @ 0148633879
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template