Saturday, February 23, 2013

MENIKAHI MUALAF



Semalam sedang saya memberi makan kambing di ladang, saya menerima mesej dari seseorang yang bertanyakan tentang apakah boleh seorang muslim menikahi seorang wanita mualaf tanpa pengetahuan keluarganya. Mesejnya berbunyi

“Assalamualaikum Ust, Saya nak tanya kalau kita nak bernikah dengan pasangan non muslim, bolehkah dilangsungkan dengan tanpa pengetahuan keluarganya setelah dia memeluk Islam?”

“Dia tiada adik beradik yg muslim, memang bolehkan ust, sebab wali bukan lagi bapanya yg non muslim?”

Untuk menjawab mesej ini, saya duduk berfikir di muka pintu kandang bagaimana nak menjawab soalan sebegini. Memang secara asasnya pernikahan tersebut sah tanpa pengetahuan pihak keluarga si wanita asal sahaja dia berwalikan Hakim. Asal sahaja si lelaki dan si wanita cukup syaratnya, dapat wali hakim dan kebenaran nikah, kira tidak ada masalah la tu. 

Tinggal lagi saya terfikir bagaimana kesannya pada Islam. Pastinya keluarga si wanita akan marah pada Islam kerana punya undang-undang sebegini. Punya undang-undang yang membolehkan pernikahan tanpa restu atau kebenaran orang tua si wanita. Apa kesannya pada pernikahan tersebut setelah keluarga si wanita mengetahuinya. Apakah pasangan ini boleh hidup bahagia?. Seribu satu persoalan timbul di benak fikiran saya.


Namun yang lebih saya fikirkan adalah kesannya terhadap Islam yang menggambarkan Islam tidak punya adab dan kesopanan. Menggambarkan Islam membenarkan umatnya membawa lari anak orang dan menikahinya tanpa pengetahuan keluarga. Jika isu ini benar-benar berlaku, ia membuatkan hati org tua si wanita akan sakit dan 1001 gambaran juga penafsiran negetif terhadap Islam akan timbul. Hati org tua mana tidak sakit bila dapat tahu anaknya dikahwini orang tanpa pengetahuannya dan tanpa berdaya melakukan sesuatu.

Perkara-perkara sebeini akan memberikan kesan yang besar kepada kelangsungan dakwah pada non muslim. Islam akan dipandang sinis. Islam akan dipandang dengan pandangan kemarahan. Kemarahan yang mungkin bertunjang di hati keluarga si wanita untuk satu tempoh masa yang lama. Apakah ini yang dikehendaki oleh Islam. Apakah ini yang disuruh oleh Al-Quran dan As-Sunnah?.

Walaupun pernikahan ini SAH tanpa pegetahuan keluarga si Wanita. Namun adalah LEBIH BAIK ianya berlangsung dengan pengetahuan keluarga si wanita. Sekiranya keluarga si wanita tidak mengizinkan, perlulah diusahakan sehingga diizinkan dengan cara rundikan, pujukan dan lain-lain. Perkara ini memang susah untuk diatasi. Namun pepatah menyebut, kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai.



Akhirnya saya jawab mesej tersebut dengan ayat sebegini

“Secara asasnya pernikahan begini SAH dengan berwalikan Hakim, permohonan harus melalui Mahkamah. Namun begitu sebaiknya atur la baik-baik dengan keluarga si perempuan agar tidak masalah di kemudian hari”

Wallahu A’alam.

4 comments:

Anonymous said...

terbaik ustaz..sy hadapi situasi bgitu skarang,harap smua nya brjalan lancar, inshaAllah

Unknown said...

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menghasilkan entri ini ustaz. Izinkan saya kongsikan di FB bersama rakan-rakan yang lain.

Anonymous said...

Terima kasih ustaz atas entri ini. Keluarga telah membuang akibat memeluk Islam. Tapi telah dimaklumkan niat untuk bernikah.

Anonymous said...

Terima kasih atas penerangan ustaz..saya juga mengalami situasi sebegini skrng,sya dan pasangan berniat menika secara senyap dahulu tanpa pengatahuan keluarga...bila dah cukup wang baru nak buat kenduri..ini d sebabkan keluarga meminta meminta wang hantaran yg tinggi..apakah ia boleh.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template