Tuesday, June 9, 2009

PUTERA ANAMASYHUR

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah S.W.T semalam 08/09/2009, isnin. Jam 10.38malam isteri saya Ustazah Hayati Eree telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Lahirnya bayi kami dalam keadaan normal dan sihat. Dikhabarkan oleh ustazah, kelahiran kali ni tidaklah sehebat kelahiran Muhammad Faqih, anak kami yang pertama. Kelahiran Muhammad Faqih mengambil masa sehingga 7 jam berada di wad bersalin. Manakala bayi kali ni cuma 40minit sahaja proses kelahirannya. Bayi kami yang kedua ini belum mempunyai nama lagi dan lahirnya dalam keadaan sempurna dan tidak ada sebarang komplikasi. Semoga dengan kelahiran anak2 ini akan menjadi asbab untuk kami suami isteri mendapat tempat yang baik di hari akan datang dengan doa yang mereka berikan kepada kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda atas ucapan tahniah, sumbangan, hadiah dan sebagainya. Semoga anak kami ini akan menjadi seorang pejuang Islam menggantikan perjuangan kami berdua. Tolong doakan kebahagiaan buat kami di dunia dan juga akhirat, terima kasih banyak2....

Sunday, June 7, 2009

PERNIAGAAN ANAMASYHUR

Alhamdulillah, atas keizinan Allah s.w.t FH Corporation sebagai Stokis HERBiz Network Sdn Bhd bagi Zon Kota Kinabalu telah beroperasi sepenuhnya sejak minggu lepas. Herbiz sebagai syarikat sepenuhnya Islam bumiputera menghasilkan produk minuman berasaskan herba iaitu Herba Misai Kucing atau Java Tea atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus dan juga Kopi Herba Habbatus Sauda atau Black Seed dengan nama saintifiknya Nigella Sativa. Bagi jenama kedua2 produk di atas HERBiz jenamakannya sebagai RAJA MISAI dan KOPI 786.

Produk yang baru memasuki pasaran Sabah ini adalah produk minuman kesihatan yang di akui menurut adat kampung, kajian makmal dan juga diakui oleh Islam sebagai alat atau asbab penyebab kepada kesembuhan. Sebenarnya telah hampir 2 bulan perkara ini masih dalam proses dokumentasi. Namun Alhamdulillah, seminggu lepas segalanya telah selesai dan barang pun telah sampai ketangan FH CORPORATION. Insyaallah dalam sedikit masa lagi kedua-dua produk ini akan mula berada di tempat tuan2. Atas maksud itu, pengedar diperlukan segera. Bagi sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan, bolehlah berhubungan dengan saya sebagai wakil FH CORPORATION untuk ke meja rundingan. Bagi mereka2 yang ingin menjadi pengedar sambilan/part time pun diaku-alukan. Apa-apa pun, saya ada membuka meja jualan setiap hari di Wisama Muis, Kota Kinabalu. Sekiranya ada pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya untuk menjadi pengedar FH CORPORATION bagi produk2 di atas. Anda digalakkan terus melayari blog anamasyur untuk mendapat maklumat terkini tentang 2 produk di atas. Anda juga digalakkan terus melayari web HERBiz Network di http://www.herbiz.com.my/ , Wassalam.

Monday, June 1, 2009

APA DAH JADI?.....

30 Mei 2008 baru ni hari Sabtu seperti baiasa saya menghadiri Kelas Pengajian Teratak Fitrah SAHABAT di Madrasah Islamiah Kota Kinabalu (MIKK) seperti minggu2 sebelumnya. Saya difahamkan hari tersebut ada perhimpunan mahabbah serta diskusi antara Majlis Tertinggi SAHABAT dengan para pelajar2.
Setibanya saya di sana, seperti biasa saya terus masuk ke kelas untuk melihat keadaan kelas. Namun saya agak terkejut bila di papan hitam bertulis Majlis Khatan. Tulisan di tulis dengan tulisan kapur. Terkejut saya bila terbaca tulisan tersebut. Saya lihat pelajar2 seperti biasa berkumpul di luar pagar sementara menanti rakan2 lain tiba, mungkin juga mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bila saya keluar, saya terus menghubungi Presiden SAHABAT tentang hal tersebut. Presiden kata kita buat program di Dewan Hikmah, Wisama Muis.
Dari apa yang saya tahu, pihak SAHABAT dimaklumkan hanya pada hari khamis, 2 hari sebelum program SAHABAT berlangsung. Pada saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Mungkin ada benarnya MIKK adalah pemilik. MIKK boleh berbuat apa2 pun terhadap benda yang dimiliknya. Namun dalam usaha dakwah dan kepentingan Islam, saya tidak fikir SAHABAT boleh dilakukan sedemikian rupa. Adakah pihak MIKK ada terfikir kemana pelajar2 SAHABAT akan pergi sekiranya premis yang biasa SAHABAT guna itu juga digunakan pada hari yang sama SAHABAT guna.
Nasib baiklah Dewan Hikmah ada, sekiranya kebetulan Dewan Hikmah juga diguna, kemana SAHABAT nak pergi?. Arahkan saja pelajar2 tersebut pulang setelah berpayah2 menaiki bas untuk datang ke kelas?. Tidak boleh ka pihak MIKK buat program selain hari Sabtu. Ahadkan ada, kebetulan sekarang cuti sekolah 2 minggu, bukankah banyak ruang masa yang boleh digunakan. Kenapa mesti hari sabtu, itulah satu2nya hari yang pelajar2 SAHABAT boleh turun, hari lain tidak boleh.
Sepatutnya pihak MIKK faham tentang masalah perkembangan Islam di Sabah ni. Harus memahami SAHABAT memerlukan tempat untuk berteduh sekadar 5jam seminggu untuk menjalankan program pengajian Saudara Kita. Takkanlah masa itu pun hendak di rampok. Ada ustaz2 MIKK sebagai sukarelawan SAHABAT, namun mereka juga tidak dapat memahami keperluan SAHABAT. Ini antara tanda2 seperti yang pernah saya tulis pada artikel sebelum ini bertajuk MUALAF DIPINGGIRKAN.
Saya agak kecewa bila ada dikalangan masyarakat Islam kita yang pentingkan diri sendiri. Saya juga agak kecewa bila masyarakat kita agak jahil dari segi sejarah. Apabila kita jahil sejarah, kita tidak tahu peminggiran kepada para mualaflah antara punca jatuhnya kegemilangan Islam di SABAH pada tahun 1975. Adakah kita tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku dahulu?. Tidak payah la anda melaung2kan perjuangan Islam ini dan itu sekiranya perkara2 seperti diatas terus berlaku. Bukannya orang bukan Islam yang buat perkara di atas, tapi orang Islam yang sepatutnya faham akan perjuangan islam. Saya beranggapan agak malang masyarakat Islam mempunyai pemimpin yang tidak memahami perjuangan SAHABAT serta tidaK membantu SAHABAT dalam memperjuanghkan hak Saudara Kita, Wassalam.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template