Sunday, January 25, 2009

AL-QURAN : FAHAM BACA @ BACA FAHAM

Hari Khamis, 22 Januari 2009 saya sempat menghadiri Majlis Bulanan, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita, SAHABAT. Majlis itu diadakan di Rumah Kebajikan Saudara Kita, Jalan Kurol Melangi, Likas. Sesudah solat maghrib, baca yasin berjemaah kemudian saya di minta menyampai tazkirah ringkas bertajuk “Falsafah Dan Motivasi Surah Yaasin Dalam Menyelesaikan Masalah Gaza”. Saya tidak begitu mahir dalam hal isu semasa, pengalaman belum begitu cukup untuk memahami isu semasa. Tapi saya cuba untuk sampaikan apa yang perlu sebagai proses pembelajaran buat saya.

Persoalan yang saya hendak timbulkan di sini, berapa ramaikah di kalangan kita masyarakat Islam yang telah membaca keseluruhan terjemahan surah yaasin?, atau surah2 pilihan, atau surah2 lazim, atau terjemahan Quran itu secara keseluruhannya. Saya pernah dengar juga soalan ini di ajukan oleh ustaz Ismail Kamus. Saya pernah terbaca atau terdengar saya pun tak ingat, satu kenyataan dari ulama’ tersohor masa kini menyatakan “orang sekarang Faham Quran Untuk Baca, bukan pula Baca Quran Untuk Faham”.

Maksudnya, orang zaman sekarang ni, mati2 belajar Quran untuk memahami cara untuk baca Quran, macamana bentuk tulisan, sambung tidak, panjang tidak, tajwid macaman, makhraj macaman dan sebagainya. Tetapi kurang yang cuba Membaca Quran Untuk Faham Quran. Tidak ada usaha untuk memahami apa yang telah di baca tadi. Inilah masalah yang telah diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita. Biasanya tujuan belajar Quran secara tidak sedar supaya boleh baca Quran, boleh baca Quran supaya boleh khatam cepat. Setelah khatam Quran, boleh la bagitau ustaz “ ustaz, aku tidak payah la mengaji lagi, sudah juga aku khatam lapan tahun dulu”.

Masyarakat kita sanggup membeli bermacam2 alat bantu belajar semata-mata supaya boleh membaca Quran. Harganya pula bukan murah2, sampai dua tiga ribu ringgit. Tetapi untuk keluarkan sepuluh ringgit sebulan isi minyak guru untuk ajar apa sebenarnya yang ada dalam Quran cukup berat. Untuk beli terjemahan pimpinan ar-rahman rm50 cukup payah, kenapa?. Kerana masyarakat kita sudah sebati dengan pemikiran baca Quran dengan sekadar baca. Dari kecil seorang anak didahkan pemikiran begitu sampailah besar, kemudian anak tadi sudah besar, dia pula menurunkan ilmu itu pada anaknya. Jadilah ia turun temurun terus memahami Quran itu hanya untuk di baca.

Ayat petama dalam surah Al-Alaq yang merupakan ayat yang mula2 diwahyukan menyuruh kita baca. “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan”. Adakah ayat ini menyuruh kita sekadar baca?. Sekiranya kita di tempat kerja, dapat surat dari pihak atasan, pekeliling atau sebagainya. “Mat, ini ada surat untuk kamu, nanti kamu baca aaaa”. Adakah dia disuruh sekadar baca sahaja tanpa memahami isi kandungannya?. Sudah semestinya si mat diminta membaca surat itu dan memahami apa yang diarahkan kepadanya. Begitu juga dengan ayat Quran yang pertama turun, walaupun tertulis di sana “Bacalah”, tapi sebenarnya kita di suruh memahami apa sebenarnya maksud setiap wahyu yang diturunkan. Agar ia menjadi pedoman dan panduan hidup buat masyarakat Islam.

Berapa ramai di keliling kita orang yang boleh membaca Quran dengan baik?. Berapa ramai yang telah khatam Quran? Berapa ramai yang telah masuk pertandingan dan menjadi johan?. Berapa ramai dikalangan mereka2 ini yang memahami apa yang mereka baca?. Sekiranya ada yang boleh membaca, telah khatan dan boleh menjadi johan, tetapi tidak cuba memahami apa yang di baca, mungkin tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sama seperti burung kakak tua atau tiung. Boleh menyebut ayat Quran dengan baik, suara yang merdu sehingga bila orang dengar orang boleh kata memang betul dan sedap bacaannya, tetapi tidak cuba untuk memahami isinya, kalau mati, mati tiung la. Sebab tidak ada beza antara kita dengan tiung. Tiung baca, kita baca, tiung baca sedap, kita pun baca sedap, tiung tiada usaha untuk memahami isinya, kita pun sama, tiung mati kosong, kita mati berisi?. Allah berfirman dalam surah Al-A’araf ayat 179:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Tidaklah saya katakan membaca Quran itu tidak baik. Yang tidak baiknya cara kita menganggap Quran itu. Nak belajar cepat, nak khatam cepat. Lepas khatam tak nak baca Quran lagi. Nak belajar Quran saja, fardhu ain tak mahu, cara memperbaiki solat tak mahu. Memahami isi Quran juga tak mahu. Kadang2 Quran dah jadi satu kebanggaan plak siapa laju siapa tinggal. “Aku lebih laju dari dia”, “aku lebih juzu’ dari dia”, “aku khatam dulu dari dia” dan macam2 kebanggaan negetif lain lagilah yang ada pada pembaca2 Quran ni. Sedangkan dia tak sedar, yang mengata dengan yang dikata sama saja, dua2 tiung. Sama2 tak berusaha untuk faham apa yang di baca. Mungkin yang dikata tu lebih baik dari yang mengata. Peribahasa kata apa, “kata orang paku serpih, padahal dia yang lebih”.

Membaca Quran haruslah kena dengan caranya. Harus kita fahami, membaca Quran adalah tanggungjawab setiap orang Islam. Ia perlu dibaca tiap2 hari samada pagi, petang atau waktu2 yang kita boleh buat. Sebaik2nya Quran dijadikan satu rutin harian kita di rumah, maksudnya hari2 kena baca walaupun tiada guru yang menyemak. Kita kena belajar jadikan ia perlakuan harian kita yang rutin di rumah. Tak pandai baca Quran, bacalah Iqra, muqaddam atau orang sabah panggil alip-alip, sekurang2nya ada. Disamping kita jadikan rutin harian, kita berusaha juga buka terjemahan Quran. Semak balik apa isi kandungan pengertian ayat yang kita baca. Baca Quran sikit, baca terjemahan sikit. Baca Quran banyak, baca terjemahan banyak. Barulah ia seiring dan sejalan, macam tajuk lagu daaa. Quran bukannya khatam sekali dan tak payah baca lagi. Walaupun kita telah khatam 1000 kali, kita kena baca juga lagi dan lagi, lagi dan lagi, sampai kita tiada lagi, fikir2kan yaaaaa.


Nantikan artikel akan datang tentang program Persatuan NISA' & SAHABAT dan Malam Bersamamu Palestin.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template