Sunday, November 29, 2009

SAUDARA KITA, 9 QURBAN

Presiden dan Bendahari SAHABAT bersama Ketua Pengarah JAKIM MALAYSIA sewaktu Majlis Lawatan Mufti Seluruh Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke MARKAS SAHABAT

Setelah setengah hari berehat dari keletihan dengan acara qurban hari ketiga, terasa terusik-usik hati untuk menulis artikel ini. Pagi tadi seawall jam 7 pagi, sudah ramai orang berkumpul untuk menyelesaikan acara qurban di Maahad Tahfiz Kepayan Kota Kinabalu. Sebanyak 9 Ekor lembu akan diselesaikan hari ini. Qurban hari ini adalah qurban pelajar-pelajar Saudara Kita yang belajar di Maahad Tahfiz tersebut dan beberapa individu-individu luar yang turut serta berqurban di situ..

Seperti yang saya katakana semalam, harap-harap hari ini ada ruang buat saya mengambil pengalaman menyembelih sekurang-kurangnya seekor lembu. Saya yakin Ust Awaluddin tidak kedekut Ilmu orangnya. Saya yakin dia akan memberikan saya ruang untuk mendapatkan pengalaman itu. Tapi apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi.

Seawal2 pagi lagi saya terpaksa menghantar orang rumah ke Masjid Bandaraya kerana ada acara tahsin quran guru-guru KAFA JAKIM di sana. Ntah kenapa di hari raya begini pula mereka buat kelas tahsin. Sedangkan ramai guru yang mungkin terlibat dengan acara qurban. Hari tu penyelia maklumkan ada mesyuarat. Tau-tau bukan mesyuarat, tapi kelas tahsin. Macam jak kelas tu tak boleh tangguh ke minggu depan.

Akhirnya jam 8.30 pagi baru saya sampai di Maahad Tahfiz. Apabila saya sampai sahaja, saya lihat 9 ekor lembu dan bergelimpangan. Ada yang tinggal tulang-tulang sahaja kerana sudah diselesaikan orang-orang yang hadir. Agak ramai orang yang hadir, ada yang kata 2 kampung hadir dengan maksud ramai orang membantu.

Dengan keramaian begitu, kita tidak terlepas dengan pelbagai kerenah negetif masyarakat yang turut serta membantu. Ada yang rajin sangat buat kerja, ada yang memerhati sahaja kerja-kerja qurban. Ada sekelompok orang yang pergi lembu ke lembu tanyakan kalau-kalau ada ekor, kaki, biji, perut dan lain. Tidak kurang juga ada yang berlagak hero sedangkan apa pun tak tahu.

Walau bagaimana pun anamasyur mengucapkan syabas kepada Ustazah Zaloha Hj Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Unit Dakwah JHEAINS dan orang-orangnya yang berjaya melaksanakan program qurban melibatkan jumlah lembu yang banyak. Sebenarnya majlis sedemikian bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan tenagakerja yang ramai. Tidak kurang juga memerlukan pengawal yang ramai kerana takut ada bahagian-bahagian qurban yang dilarikan. Namun qurban tadi agak berjalan dengan lancer.

Kepada yang hadir, anamasyur juga mengucapkan tahniah dan syabas kerana dapat membantu orang yang berqurban. Tanpa anda semua saya percaya majlis tadi tidak akan dapat berjalan dengan baik. Teruskan Bantu membantu dalam hal-hal sedemikian. Ketepikan prasangka dan prajudis sesame kita. Jadikan misi kesatuan ummah tunjang dalam penyatuan kita.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Saudara kita SAHABAT yang yang di ketuai oleh En. Abu Bakar Ongkosing dan Pn. Sallywati Fan Abdullah kerana turut serta membantu dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Terima kasih juga kerana tidak meminta-minta bahagian-bahagian qurban dan hanya menerima seadanya apa yang diberikan. Syabas SAHABAT, di harap SAHABAT boleh menjadi pertubuhan yang boleh turun padang membantu segala acara-acara keagamaan.
TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template