Saturday, August 28, 2010

BANTUAN PENDIDIKAN MUALLAF PERLU KAJIAN

Sebelum saya meneruskan penulisan, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Pusat Zakat Sabah selaku badan yang menguruskan bantuan pendidikan muallaf. Terlebih dahulu ingin saya maklumkan bahawa, artikel ini adalah sebuah pandangan peribadi saya setelah hampir 5 tahun telibat secara langsung dalam Kelas Bimbingan Saudara Kita.

Alhamdulillah, buat masa ini Kelas Bimbingan Saudara Kita boleh diibaratkan seperti gula yang dikerumuni semut yang memerlukan manisan. Berbagai lapisan masyarakat mencuba nasib untuk menyertai kelas bimbingan ini. Daripada yang muda sweet seventeen sampailah yang agak berumur. Daripada yang baru sahaja mengucap dua kalimah syahadah, hinggalah yang telah 25 tahun mengucap dua kalimah syahadah. Tidak ketinggalan juga mereka yang Islam sejak lahir turut serta dalam kelas bimbingan ini.

Kebiasaannya mereka akan datang dengan sepenuh hati, sebulat jiwa. Dengan harapan yang menggunung ingin menimba Ilmu. Biar la apa pun yang datang menghalang, nama undur pantang memanG. Inilah situasi keadaan yang boleh kita gambarkan betapa inginnya mereka menuntut Ilmu.

Namun setelah beberapa lama menjalani pengajian, mereka dapat tahu yang Pusat Zakat Sabah ada menyediakan dana bagi Muallaf yang menuntut Ilmu. Setiap yang belajar di mana-mana pusat bimbingan atau mana-mana guru, layak untuk mendapatkan dana ini dengan melalui beberapa prosedur yang telah di tetapkan Pusat Zakat Sabah. Jumlahnya RM200 sebulan untuk setahun sahaja. Setelah pelajar tadi mendapat dana ini selama setahun, maka tahun kedua mereka tidak akan dapat lagi dana ini.

Dari pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang telah menghantar borang permohonan Bantuan Pendidikan ini, sikap mereka dalam menuntut Ilmu akan berubah. Kedatangan mereka yang sebelum ini sesuci embun pagi, ikhlas dengan sebulat hati telah berubah menjadi sebaliknya. Kedatangan mereka dengan satu tujuan hanyalah untuk mendapatkan tandatangan guru untuk melayakkan mereka membuat tuntutan bulan tersebut.

Ada yang sanggup menipu, tidak hadir kelas dikatakan hadir. Tandatangan guru menjadi agenda utama semasa sesi pengajian. Apa pun jadi semasa sesi pengajian itu bukan soal, yang penting mereka mendapat tandatangan guru untuk tututan bantuan pendidikan bulan tersebut. Kemuncaknya adalah apabila selesai tempoh setahun pembayaran bantuan pendidikan tadi, kebanyakan daripada pelajar tidak akan menyambung pengajian kerana bantuan pendidikan telah pun dihentikan. Pada masa ini tinggallah beberapa pelajar sahaja yang betul-betul berkeinginan untuk belajar bagi meneruskan pengajian untuk tahun kedua.

Mungkin tidak keterlaluan kiranya saya menyatakan Bantuan Pendidikan Muallaf ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai Candu kepada Muallaf yang berkemampuan. Atas maksud itu, saya mengesyorkan kapada Pusat Zakat Sabah untuk mengkaji semula mekanisma pelaksanaan Bantuan Pendidikan ini. Bagi Muallaf yang tidak mampu, memanglah bantuan pendidikan sangat mereka perlukan. Tetapi, bagi mereka yang mampu, banyak perkara yang perlu difikirkan. Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada Muallaf tetapi bila di teliti sebenarnya ia membawa keburukan kepada mereka seperti penyalahgunaan dana, menyebabkan fokus mereka tersasar dan ketidak bertanggujawaban mereka terhadap Ilmu.

Perlu diambil kira juga, berapa ramai dari kalangan Muallaf yang belajar ini menggunakan bantuan pendidikan untuk pendidikan? Dan berapa ramai yang menggunakan dana bantuan pendidikan untuk berseronok, shopping, membeli telefon bimbit dan sebagainya?. Rasanya Pusat Zakat Sabah perlu membuat satu mekanisma perlaksanaan yang mana dana tersebut tidak disalurkan kepada individu Muallaf tersebut, tetapi disalurkan terus kepada pusat bimbingan pengajian tempat mereka mengaji dan mereka hanya dapat manfaat seperti pengajian dengan pengecualian yuran, buku agama percuma, kitab-kitab pengajian percuma.
Biarkan pusat pengajian yang mendapat dana tersebut dan pusat pengajian yang menyediakan semua keperluan pendidikan mereka dan hanya sedikit daripada dana tersebut diberikan kepada mereka sebagai wang tambang atau wang minyak atau perlu difikirkan mekanisma perlaksanaan yang lebih baik.

Turunlah bertanya kepada kami penggerak-penggerak pusat bimbingan Saudara Kita dan bertanyalah apa sebenarnya berlaku di sebalik bantuan pendidikan ini. Banyak sebenarnya pelajar2 muallaf ini yang tersasar dari fokus mereka yang sebenar. Mudah-mudahan dengan penambahbaikan nanti, banyak memberikan manfaat kepada bakal Saudara Baru....Amin...

4 comments:

bekas aktivis said...

bagi saya ustaz, mereka ini saudara baru kita yang perlukan bimbingan. dalam tempoh setahun mendapat bantuan kewangan, bimbinglah mereka agar memperbetulkan hati dan niat. setiap subjek yang diajar, setiap guru mesti menekankan soal keikhlasan.

soal kemana duit itu dibelanjakan, rasanya terpulanglah kepada mereka, hanya bimbing sahaja agar dibelanjakan ke jalan yang halal. sama juga dengan penjawat awam atau pekerja swasta, dia dapat gaji dan elaun, terpulanglah kepada dirinya ke mana mahu
digunakan duit berkenaan.

soal belanja ini bukan saja muallaf, yang tidak muallaf pun sama. oleh itu bimbing sahaja mereka.

saya rasa mendedahkan lewat blog bahawa ada dikalangan mereka yang menipu (menurut catatan ustaz) tidaklah perlu didedahkan di sini. itu hanya membuka aib mereka sedangkan mereka adalah orang baru yang baru hendak mengenal islam.

maafkan saya.

anamasyhur said...

Terima Kasih atas komen anda. Cuma berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Soal bimbingan bukan sekadar pengurusan kewangan sahaja, segala bidang Islam kita bimbing mereka selama 3 tahun tahun pengajian secara formal dan ditambah lagi beberapa tahun secara tidak formal.

Saya tidak pasti difinisi anda. Tapi yang saya faham, bantuan ini adalah bantuan pendidikan dan harus digunakan untuk pendidikan. Bantuan untuk mereka berbelanja sesuka mereka telah diberikan seawal mereka memeluk Islam. Dana pendidikan pada saya tidak boleh di biarkan sesuka hati mereka.

Sekiranya di biarkan sesuka hati, Sekali mereka dapat dana tersebut, mereka habiskan dana tersebut untuk selain pendidikan, kemudian mereka tidak turun kelas dengan alasan tidak ada dana untuk tambang dan sebagainya, mcmana kita nak bimbing mereka kalau mereka tidak datang?.

Saya juga tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan aib. Saya tidak menyebut nama sesiapa dan pertubuhan mana. Saya menyatakan secara umum sekadar untuk fahaman umum.

Kalau hendak dikira aib, menceritakan kelebihan bangsa YAHUDI dan bukan Islam berbanding Islam dalam pelbagai bidang pun di kira mendedahkan aib Islam.

Dalam bidang politik kita memdedahkan aib sesama lawan parti tiada siapa pula hendak kisah. Dalam Islam kita mendedahkan sedikit secara umum, ada pula yang mempertikaikan.Kita harus sedar kelemahan kita, barulah kita boleh berubah.

Kenapa orang yang menjadi aktivis, berjuang dengan sepenuh hati untuk kebaikan masyaraat Islam di persoalkan. Adalah lebih baik kita persoalkan orang yang telah berhenti dari menjadi aktivis kerana tidak berbuat apa2, selain sekadar mengkritik.

Selalu saya katakan, klu anda merasakan keperluan anda untuk mengambil peranan dalam berjuangan saudara baru, saya jemput tuan bersama2saya dan rakan2 untuk turun ke kelas Mualaf setiap minggu hari sabtu dari jam 8-10am, cukup sekadar tiga bulan tanpa ponteng....Wassalam...

Anonymous said...

ketika pernah berada dalam kelas, ketika itu di masjid bandaraya saya pernah mencadangkan agar para ustaz dan ustazah menanamkan ilmu akhlak khususnya kejujuran dan keikhlasan kepada pelajar walaupun ketika itu subjek iqra, solat dan lain-lain.

ustaz saya mempelajari banyak perkara ketika bersama-sama ustaz ghazali yunus, ustazah nordiana alwi, ustaz abdullah din, ustaz arifin, ustaz haerudin dan ramai lagi termasuk ustaz juga. ustaz sendiri baru beberapa tahun dan jangan memperkecilkan peranan orang termasuk 'bekas aktivis' kerana masing-masing ada jasanya. ustaz tau apa puncanya dia tidak datang lagi? mungkin dia pindah, mungkin dia tidak diundang lagi atau apa2 saja sebab.

ustaz, kalau mereka yang baru memeluk islam itu datang kelas kerana duit, adakah setiap guru menekankan soal keikhlasan dalam pengajaran mereka? adakah mereka yang tidak tahu apa2 itu, dikira salah kerana datang disebabkan duit? sesungguhnya mereka tidak tahu, saya tidak berani mengatakan mereka menipu!

Tidakkah ustaz terfikir ada di kalangan mereka (kawan2 saya) datang hanya dengan duit tambang datang, tiada duit tambang pulang. bagaimana pula dengan duit susu, duit makan minum, haramkah mereka menggunakan duit pendidikan itu?

maafkan saya ustaz yang banyak menabur ilmu kepada kami, ustaz boleh tidak menyiarkan komen ini tetapi ramai di kalangan kami yang tersinggung kerana ustaz selalu terbabas (outspoken) dalam bercakap terutama di dalam kelas. saya tidak mahu ustaz berhenti, tetapi saya mahu ustaz dan kita semua memperbaiki diri. ustaz sendiri kata kita perlu sedarkan kelemahan diri...maafkan saya

anamasyhur said...

Terima kasih atas komen anda. saya terima teguran anda dengan hati terbuka.Terima kasih kerana menegur saya disini dengan saya tidak mengetahui siapa anda. Tapi saya lebih selesa kalau anda tegur saya dengan datang sendiri kepada saya. Teguran anda diblog blog ini boleh dikira menegur saya di depan khalayak ramai. Sedangkan anda boleh berjumpa dengan saya d kelas, bukan begitu?. Bukannya saya tulis nama pertubuhan stsu individu tertentu?.Kenapa anda tiba2 melenting?adakah kamu makan cili?.anda jangan risau, saya tidak akan padam komen anda, biar dia tersiar di sini.

Saya masih dengan kenyataan saya, saya tidak mahu menunding jari kepada mana2 kelas bimbingan. Yang pasti, semua kelas bimbingan Saudara Kita di Sabah memerlukan satu transformasi sistem pembelajaran yang lebih baik dalam memberikan bimbingan kepada Saudara Baru.

Saya tidak menafikan orang2 terdahulu, lebih banyak berjasa daripada saya. Siapalah saya insan kerdil yang sekadar menyumbang bakti di Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT). Dan saya tidak berniat memperkecilkan mereka, Bagaimana saya hendak memperkecilkan mereka kalau saya sendiri pun tidak mengenali mereka.

Cuma anda yang tidak memahami bahasa sindiran. Kerana saya agak pelik kiranya ada orang yang memperjuangkan agama tetapi menggunakan nama bekas aktivis. Rasanya tidak ada dalam perjuangan Islam orang yang boleh berhenti dari menjadi aktivis dakwah.

Memang betul, Pusat Bimbingan Saudara Baru yang ada di Sabah ini perlu ditanam ilmu akhlak terutamanya kejujuran dan keikhlasan. Kerana kami dipihak kepimpinan memamg nampak kelemahan ini. Lihat saja anda yang mengomen, mungkin anda ikhlas, tetapi dari segi akhlak dan cara, anda sendiri mempunyai masalah. Anda menjadi buta siapa yang anda tegur dan di mana anda menegur. Kalau anda patuh pada ilmu akhlak terhadap guru, anda tidak akan berbuat begini, melainkan berjumpa sendiri dan menegur dengan keadaan yang lebih sopan.

Pokok kepada isu ini, Sistem Pembelajaran Pusat Bimbingan Saudara Baru perlu kepada transformasi dari segi pengurusan dan juga sukatan pelajaran. Saya mencadangkan JHEAINS mengujudkan satu badan pembuat dasar di kalangan penggerak akar umbi untuk memperbaiki sistem pembelajaran Pusat Bimbingan Saudara Baru dan dasar itu diselaraskan untuk di gunakan di semua pusat Bimbingan Saudara Kita seluruh Sabah.

p/s : Anda tegur saya di sini sama seperti menegur saya d khalayak ramai kerana orang tahu blog ini milik saya. Tetapi saya menegur anda berabis pun orang tidak tahu siapa anda?.adilkah begitu?.mohon lain kali hubungi saya personal melalui SMS, fb atau berjumpa saya sendiri. Jangan membaling batu sembunyi tangan.Kalau anda lelaki, saya gelar anda PENGECUT.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template