Saturday, August 28, 2010

CABARAN SEORANG PENULIS


Dalam saya cuba untuk mencari pengalaman dalam bidang penulisan, sebenarnya pelbagai cabaran dan dugaan dalam bidang ini menanti saya. Sebagai seorang penulis yang baru meningkat naik, saya harus menulis perkara yang baik juga tidak baik. Harus menulis perkara yang ,membuatkan orang sukakan saya dan sesekali harus menulis perkara-perkara yang akan membuatkan orang benci saya.

Dalam bidang penulisan, adakalanya kita terikat dengan suasana adakah perlu di tulis atau tidak. Dalam erti kata lain, telan mati emak, luah mati bapak. Nak di tulis sesuatu isu, pasti ada yang akan melenting dan marah. Jika tidak ditulis pula, apalah ertinya saya sebagai seorang penulis sekiranya hanya menulis perkara yang baik2 sahaja. Dan sampai bilalah saya akan menjadi seorang penulis yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Menulis bukanlah suatu kerja yang mudah, ia perlu di pupuk dari minat, kesungguhan dan juga kemahuan. Sesuatu isu perlu dicari untuk d coretkan, perlu di teliti isinya, perlu di buat sedikit penyelidikan dan kajian, barulah ia boleh terhasil dalam bentuk penulisan.

Namun antara cabarannya adalah, apabila sesuatu isu di utarakan. Ada pihak yang tidak bersetuju dan mengkritik kita sehabis mungkin. Ditambah pula kritikan tersebut tidak di sokong dengan fakta dan ilmu yang cukup. Ia hanya di lontarkan sekadar mengikut logik dan suasana setempat. Ini akan membuatkan setiap penulis menjadi serba salah dan lemah. Untuk diteruskan penulisan akan membuatkan orang benci kepada kita, tetapi jika tidak di tulis pula, perasaan tanggunjawab akan bermain di minda sehingga menggangu kehidupan seharian.

Beginilah kehidupan seorang penulis, setelah bersusah payah untuk mengutarakan sesuatu isu. Masyarakat tidak bersetuju dan membelash kita dengan pelbagai ayat2 kesat dan tidak elok. Tetapi semua ini hanyalah sekadar penelitian daripada beberapa rakan penulis yang lain. Secara peribadi saya belum lagi mendapat cabaran sedemikian rupa. Diharapkan perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku dlam kehidupan seharian saya.

Cuma rasanya perlu saya maklumkan disini, untuk menjadi seorang penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan. Mulai sekarang saya harus menulis setiap isu samada masyarakat suka atau tidak. Samada dalam bentuk dakwah biasa, pujian ataupun kritikan. Dan saya mengharap penulisan saya akan di pandang positif demi kebaikan Islam di bumi Sabah, InsyaAllah.

Setiap penulisan saya,tidak akan memberikan sebarang keuntungan wang ringgit pada diri saya. Saya hanya sekadar menulis untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dan demi pembangunan Islam di bumi Sabah. InsyaAllah sekiranya kita boleh mengaplikasikan apa yang di sabdakan oleh Rasulullah iaitu perbezaan pendapat itu adalah rahmat, insyaAllah kita akan dapat mengembangkan Syiar Islam di bumi Sabah ini...Fikir-fikirkanlah..

3 comments:

Nurhayyu said...

A'salam...

Mmang tidak dpt dinafikan begitulah lumrah manusia...
bila dipuji mengembang tak tentu arah...bila ditegur dikata kita mencaci hina...
Sy fikir sebagai penulis yang berjaya kita kenalah ikhlas n jujur dgn apa yang ingin kita sampaikan n sudah semestinya entri atau artikel itu disokong pula dgn fakta yg sahih...
Suatu penulisan yang baik adalah apabila mesej itu dpt sampai n dpt menyentuh jiwa sipembaca...

Sabar n teruskan usaha Anamasyhur...
"berani kerana benar..."
"kita perbaiki diri setiap saat dgn setiap teguran positif atau negetif dari berbagai pihak"

Wasalam...

anamasyhur said...

Terima kasih Nurhayyu kerana terus menyokong anamasyhur. Betul, kita harus terus memperbetulkan dan memperbaiki diri. Namun, kita juga harus terus menulis walau apa pun org katakan. Itulah satu2nya cara untuk menimba pengalaman melebihi orang lain, berama memajukan diri dalam bidang penulisan, terima kasih Nurhayyu.

nurhayyu said...

InsyaAllah...amiinnn..

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template