Friday, April 24, 2009

AGAMA ANAK

Merujuk kepada keputusan kabinet pada 23 April berkaitan isu Agama Anak Bagi Ibubapa Yang memeluk Islam hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Saya agak janggal bila mendengar kata2 Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di berita Buletin Utama bersabit isu tersebut. Saya rasa seolah ada benda yang tidak kena dalam keputusan tersebut. Pelik, ganjil dan berbagai lagi.

Ilmu saya mungkin tidaklah sehebat orang2 alim di Malaysia. Tapi dengan ilmu yang ada di dada, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam isu ini. Bila merujuk kenyataan Datuk Seri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak di Malaysiakini pada 24 April. Saya agak bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa "Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri".

Dalam isu ini, kita harus memandangnya dari sudut pandangan Islam dan bukan pada sudut pandangan bukan Islam dan akal masing2. Bila seorang itu memeluk Islam, bukankah baik anak tersebut turut serta sebagai Islam. Ini berikutan Islam memandang anak2 yang belum akil baligh adalah suci dan bersih, belum faham tentang kehidupan dan beranggapan mereka adalah Islam. Tapi jika kita tidak membenarkan perkara ini, bagaimana anak2 ini akan memahami Islam. Jika tidak dididik dengan cara Islam sampai besar pun dia tidak akan kenal apa Islam. Benda ini tidak boleh di pandang berdasarkan perasaan mana2 pihak.

Bagi kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa "kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik, keputusan ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab".

Bagi kenyataan ini, setahu saya, mana2 salah seorang bukan Islam menganut agama Islam, bagi suami atau isteri yang kekal di agama asal. Islam memberi tempoh 3 bulan untuk suami atau isteri tadi turut serta memeluk agama Islam. Sekiranya sebaliknya maka, hubungan suami isteri tersebut akan terbatal secara automatik. jadi apa lagi yang nak di putuskan?. Dan dalam isu ini, bukankah ia dikendalikan di mahkamak syariah. Dan sebenarnya adakah orang yang memeluk Islam disebabkan lari dari tanggungjawab. Jika ada berapa peratus sangat hingga keputusan ini di buat?. ini menunjukkan seolah2 mahkamah syariah membuat keputusan yang tidak adil dalam membuat keputusan dalam isu2 begini. Jadi sebenarnya tidak timbul soal untuk kabinet memutuskan isu di atas. Kerana perkara2 ini adalah undang2 Islam dan juga mahkamah syariah.

Seterusnya, saya agak tidak bersetuju bila isu ini di bincangkan oleh bukan ahlinya. Sepatutnya isu ini di serahkan kepada majlis raja2 dan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu. Saya agak pelik sangat2 dengan keputusan terbaru ini. Sebenarnya, saya nampak isu ini dilihat dari pandangan luar iaitu pandangan orang bukan Islam, bukannya dari pandangan Islam. Sebab itu, keputusan ini agak berbunyi sedemikian sehingga mufti perak membuat kenyataan balas. Saya percaya, ada di kalangan orang bukan Islam yang gembira, ketawa terbahak2 dengan keputusan kabinet ini. Saya berharap kerajaan mengkaji semula keputusan berlandaskan pandangan Islam dan serahkan isu ini kepada pakar dalam bidangnya.

Saya sendiri sebenarnya masih cuba untuk mencari maklumat hukum yang lebih tepat untuk kita kongsikan bersama. Sekiranya keputusan ini benar, benar la. Sekiranya tidak, kita haruslah sedar. Namun, sekiranya anda mempunyai hujjah dan alasan yang kukuh bagi menyokong keputusan kabinet ini, saya dengan rendah diri akan turut serta bersama anda. Sekiranya tidak, haruslah kita perbetulkan bersama2 apa yang salah. Saya juga mohon ada respond dari masyarakat Islam terhadap isu ini. Mungkin saya sendiri dapat penjelasan yang mungkin boleh menyokong keputusan kabinet.


No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template