Friday, May 22, 2009

PARTI POLITIK GILA BERPOLITIK

Semenjak PRU12 tahun lepas negara kita tidak sudah2 bercerita isu politik. seolah2 tidak ada lain lagi yang boleh dibicarakan. Isu ini terus dihangat2kan samada tidak sengaja atau sengaja dirancang. Sebenarnya masih banyak isu lain yang boleh dibicarakan dalam memartabatkan Islam serta menjadi cara hidup masyarakat Islam kita. Rasanya cukuplah berpolitik sehingga seolah2 tidak ada kerja lagi yang bermanfaat yang boleh dibuat.

Subuh tadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh. Beliau yang memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986, sehingga sekarang beliau telah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Ini bermakna pilihanraya kecil Dun Manik Urai perlu dibuat berdasarkan Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

Bagi memenuhi kehendak Undang2 Tubuh Negeri Kelantan rasanya tidak ada masalah bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pilihanraya akan datang untuk mengulas dan menguruskan hal2 barkaitan seperti speaker DUN Kelantan dan SPR.

Namun saya agak tidak bersetuju bagi mana2 ahli politik mengulas tentang pilihanraya akan datang bagi menggantikan ADUN yang meninggal dunia. Dalam isu hari ini, ada beberapa blog yang saya lawati, telah ada beberapa ahli2 politik yang memberi kenyataan tentang pilihanraya kecil akan datang. Ada yang suruh BN tanding, ada yang suruh jangan tanding. Ada yang kata parti ini takut parti itu berani dan berbagai2 lagi.

Baru sahaja Allahyarham meninggal, mungkin jenazahnya belum pun dimandikan, belum pun dikebumikan. Telah ada bunyi2 cerita pilihanraya akan datang, ada saya terbaca dalam blog artikel seawal jam 8 pagi, ada tu 10 pagi. baru 3 4 jam Allahyarham meninggal. Sabar la sikit, anda tidak mempunyai perasaan ke?. Tak fikir ka perasaan keluarga Allahyarham.

Kalau betul pun media tanya, tak boleh ke jawab no komen. bagi la masa 3 hari hingga seminggu barulah bicarakan soal pilihanraya kecil. Lagi pun masa yang diperuntukkan undang2 60hari, masih banyak masa yang ada. Ini tidak, orang baru meninggal, dah nak bagi2 harta pusaka, dah nak bincang hal pilihanraya. Seolah2 pesta berpolitik pula bila ada yang meninggal. Kita selesaikan dahulu tanggujawab fardhu kifayah kita. Kita tunaikan dulu hak Allahyarham untuk sampai ke tempat yang di tuju. Selesai itu, barulah kita jalankan tanggungjawab mengikut Undang2 Tubuh Negeri masing2, bukannya berpesta politik, Wassalam.

p/s : JANGAN GILA BERPOLITIK, MASIH BANYAK BENDA BERMANFAAT YANG BOLEH DIBUAT DARI TERUS MENERUS BERPOLITIK.

2 comments:

jai13569 said...

taniah, saudara adalah org islam sejati. !!!!!

anamasyhu said...

Terima Kasih atas komen anda.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template