Sunday, December 27, 2009

BLOGGER ADALAH ILMUAN PADA KEDUDUKANNYA

Para Blogger sebenarnya adalah ibarat ilmuan internet yang lengkap dengan pekej pengetahuan pengendalian blog dan isu semasa sekitar mereka yang dianggap terkini dan penting. Para Blogger juga adalah duta kepada kepercayaannya sendiri yang mana mempamerkan gaya pemikiran dengan penceritaan aktiviti yang dilakukan olehnya serta banyaknya pengalaman berharga dan berguna buat tatapan juga amalan si pembaca setia mereka

Para Blogger kini sudah ada yang bergelar ustaz, jurutera, politikus, negarawan, usahawan, budiman, mahasiswa, pelajar sekolah, golongan pendidik yang mana bila disebut secara umumnya adalah juga rakyat yang menghuni bumi yang sama, namun bekerja dan melontar idea di tempat berbeza, hidup pula dengan cara dan adat yang pelbagai.

Maka mengertilah para Blogger, kita adalah satu golongan yang cepat menyampaikan serta cepat juga dalam mengajar serta mendidik masyarakat pembaca dan perindu kita di alam maya ini.

Maka berlaku jujurlah, iaitu jujur dalam keredhaan dan kehendak dan perintah Tuhan. Maka bersiap bijaklah. Sebab apa yang kita tulis ini akan dipertanggungjawabkan akhirnya. Jika tidak pada waktu kehidupan di dunia ini, maka jangan lupa ia tetap akan diakreditasi oleh Tuhan di alam kehidupan akhirat nanti

Jangan pula manjadi ilmuan yang menjahanamkan kebenaran. Ilmuan ilmu hitam dan khurafat lagi hodoh ilmunya. Marilah menjadi ilmuan yang berguna dan menenangkan kebenaran, ilmuan yang ingin selalu ditatapi wajahnya lagi diamalkan tulisan dan sasarannya, Wassalam…….

Artikel ini dipetik dari buku Risalah Pemimpin 10, ISLAM DIMARTABATKAN ALAM DILIMPAHI RAHMAT, diterbitkan oleh JIMedia, Jemaah Islah Malaysia (JIM). Tulisan Mohammad Fauzan Md Ibrahim.

1 comment:

Fauzan Ibrahim said...

Macam kenal tulisan ni

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template